Tahniah kepada para ibu yang dah selamat bersalin,.. syukur pada Allah, Alhamdulilah. Untuk yang bakal pula... didoakan semoga segalanya dipermudahkan. Bayi lelaki atau perempuan? Apepun jantina... bersyukur atas anugerah Allah yang sangat-sangat dinantikan. Semoga membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan jadi anak soleh dan solehah. Aamiin..
Ok, baiklah, ... para ibu selepas bersalin, harus faham ada senarai makan yang mana sesuai yang mana tidak sesuai. Hal ini saling berkait juga untuk elakkan sakit tubuh dan untuk elakkan kelesuan
![]() |
1. Ayam dan daging
Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam
kampung.
Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing.
Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
2. Ikan
Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih,
senangin, bilis dan salmon.
Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang,
parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan
kerang PALING TAK BOLEH MAKAN.
Pakej Pantang Ibu Selepas Bersalin? Jom Lihat Pakej... KLIK SINI. Terbuka Untuk Seluruh Malaysia.
3. Ulam-ulaman
Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi
cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun kesum, pudina, kari.
4. Sayur-sayuran
Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam.
elakkan Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato,
kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung,
tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang
botol, petai, jering, cili padi, asam keping
5. Buah-buahan
Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan
cina, blueberry, walnut.
Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
6. Makanan lain
Biskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar.
Elakkan Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun,
mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak.
7. Air
Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu,
air coklat, horlicks.
Elakkan Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau,
kelapa muda, jus buah, cuka buah
Selain dari itu, senarai makanan dalam pantang yang anda boleh beli sebulan
terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji
ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis.
Manakala untuk bahan basah seperti ayam, daging dan ikan boleh dibeli dua minggu sekali.
Senarai makanan dalam pantang untuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman boleh dibeli seminggu sekali.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang tengah dalam fasa berpantang.