Serai wangi mudah ditanam, senang hidup. Alhamdulillah banyak manfaatnya.
![]() |
Sama tak serai wangi dan serai makan? Ia punyai persamaan tetapi serai wangi lebih kuat bau berbandaing serai makan.
Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh sahaja. Manakala serai makan boleh dimakan.
Penggunaan di dalam membuat losyen begitu popular, iaitu dengan cara minyak yang dihasilkan dari serai wangi untuk memprosesnya. (Ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamuk.
Ia merupakan sejenis rumput, tergolong dalam famili rumput yang berbau dan jangkahayatnya lebih panjang.Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m.
Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.
Ia kebanyakkan ada di negara seperti Asia, Amerika dan Afrika. Jika di Malaysia, selalunya ada ditanam di belakang rumah.
Hidup subur dan lasak kerana ia sesuai dalam pelbagai jenis iklim dan tanah. Jika pada keadaan tanah yang bersaliran ia adalah lebih baik.
Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Tanam di kawasan luas dan cahaya cukup sangat bagus.
Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk meredakan otot yang tegang.
Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing).
Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun.
Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman.
Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.
* Dimandikan ketika air sudah suam / sejuk
Kiranya demam atau rasa sakit badan, boleh cuba.
Caranya, rebus air serai wangi + air sejuk biasa supaya ia suam, kerana jika tak campur risau terlupa terjirus air panas pada kulit..lain pulak jadinya. Buat sebagai bilasan terakhir setelah mandi air biasa.
In sha Allah, memang bagus !